Jerawat yang tumbuh adalah petunjuk apa sedang berlaku dalam badan.

Jika kita perhatikan dengan teliti di mana jerawat muncul di muka, kita mungkin perasan jerawat selalu muncul di tempat yang sama berulang kali. Anatomi muka kita juga menentukan jenis kulit di kawasan tertentu. Contohnya, kulit di sekeliling mata adalah 10 kali lebih nipis daripada kulit di bahagian lain. Lokasi jerawat ada kaitan dengan apa yang berlaku di dalam badan kita. Lokasi jerawat membantu memaklumkan kita tentang jenis jerawat, sama ada jerawat biasa atau tidak.

Sama ada dahi, rahang, dagu, pipi atau zon-t, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mendapat jerawat. Dahi yang berjerawat berulang-kali selalunya petunjuk kepada produk rambut yang tidak sesuai atau petanda stress. Berhenti menggunakan produk rambut tersebut boleh membantu membersihkan penampilan whiteheads, blackheads, dan jerawat di dahi.

Jerawat yang kerap tumbuh di kening dan sekitarnya boleh dikaitkan dengan hati. Hati yang mengandungi lemak berlebihan (akibat too much sugar intake) menyebabkan berlaku kerosakan pada sel-sel hati dan kesannya boleh nampak pada jerawat di sekitar kening.

Jerawat yang tumbuh di sekitar dagu dan rahang ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon. Jerawat hormon disebabkan oleh lebihan hormon androgen. Hormon ini boleh merangsang kelenjar minyak secara berlebihan dan menyumbat pori-pori membuatkan jerawat tumbuh. Jerawat yang berkaitan dengan hormon boleh berlaku kira-kira 7-10 hari sebelum haid seseorang.

Jerawat berhampiran telinga, kawasan tepi pipi dan hidung selalunya akibat penggunaan kosmetik, sama ada kosmetik yang tidak sesuai atau tidak membersihkan solekan dengan bersih. Sesetengah kosmetik mempunyai bahan-bahan yang menyekat liang-liang kulit yang menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian yang kita apply produk tersebut.

Berbeza dengan jerawat yang tumbuh di tepi pipi, jerawat di kawasan pipi adalah petanda pengambilan gula yang tinggi. Oleh itu, ketika jerawat ini tumbuh, elakkan mengambil makanan manis atau tinggi karbohidrat.

Jerawat mungkin berlaku sebagai kesan sampingan beberapa ubat termasuk steroid serta beberapa pil perancang. Jadi, ketika berusaha untuk merawat masalah jerawat, pastikan anda tahu apa yang patut dielakkan dan apa yang boleh diusahakan bagi mempercepatkan rawatan.

Cleansing Gel GreenAard boleh membantu merawat masalah jerawat dan ekzema. Tetapi, anda mesti tahu punca kepada masalah tersebut. Jika punca kepada masalah tidak dipastikan terlebih dahulu, rawatan jerawat pasti mengambil masa yang lebih panjang dari sepatutnya. Kepada yang ada masalah kulit, sama ada jerawat, acne atau ekzema, boleh cuba Cleansing Gel GreenAard. Gunakan 2 kali sehari sahaja. Pastikan guna dengan rutin. Untuk masalah jerawat yang disebabkan hormon, kami cadangkan tambah Herba Rahsia Rimba. Herba Rahsia Rimba membantu memberi keseimbangan pada hormon.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart