Tak perlu jadi hamba kepada angka pada penimbang berat.

Tak perlu jadi hamba kepada angka pada penimbang berat.

 

Penimbang tak selalu memberikan penilaian yang tepat tentang penurunan berat badan. Berat yang dipaparkan pada penimbang adalah berbeza-beza bergantung kepada apa yang kita sedang pakai, faktor hormon dan water retention.

 

Penimbang hanya boleh menunjukkan samada berat badan adalah normal atau tidak, tetapi ia tidak akan menunjukkan berapa banyak body fat yang anda ada. Jadi, tak perlu jadi hamba kepada angka penimbang kerana ada faktor lain yang boleh diambil kira bagi membuktikan anda memang sudah kehilangan berat.

 

Cara yang terbaik untuk mengukur berat badan adalah dengan menggunakan pita pengukur (measuring tape).

 

Ambil ukuran :

1. atas lengan
2. perut (dibahagian pusat)
3. pinggul
4. paha
5. pinggang.

 

Kaedah 1 :
Ambil ukuran dan pastikan pita ditarik tegang.
Ukur secara langsung di atas permukaan kulit. Jangan ukur di atas pakaian.
Ambil ukuran sebulan 1-2 kali saja kerana perubahan dalam beberapa hari atau minggu selalunya tidak berapa jelas.

 

Kaedah 2 :
Tetapkan sepasang seluar jeans sebagai ‘benchmark’anda. Cuba seluar tersebut setiap beberapa minggu untuk melihat adakah berat badan anda bertambah atau berkurangan.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart