Kenapa Masih Lapar Walaupun Lepas Makan?

RSS

 

Pernah tak rasa kemaruk nak makan all the time walaupun lepas membelasah Double Cheese Burger?

Macam tak kenyang-kenyang. Asyik nak mengunyah je. Pernah?

Check if point-point di bawah ni nada sangkut-paut dengan anda :

 

1. Minuman berkarbonat (air gas), teh ais, kopi susu, nescafe, Neslo, dan suku-sakatnya - semua ini adalah minuman yang mengandungi kandungan FRUCTOSE yang tinggi. Minuman yang tinggi fruktose mengurangkan aliran darah ke kawasan otak yang mengawal selera makan. Fructose inilah yang 'menipu' otak anda untuk sentiasa terasa nak makan dan makan lagi walaupun anda baru saja membedal sepinggan nasi beriyani.

2. Banyak sangat guna bahan dalam tin untuk masakan. Makanan dalam tin contohnya susu pekat manis, sardin, sos spageti, jagung tin - semua ini tinggi kandungan bispenol A (BPA) dan BPA ini menyebabkan lonjakan tak normal dalam peptin yang membawa kepada nafsu makan luar biasa.

3. Ada yang takut nak makan breakfast berat-berat, nanti gemuk. Andaian tu salah! Orang yang mengambil breakfast berat takkan gemuk malah lebih sihat. Mereka yang makan 300 kalori untuk sarapan (contoh makanan 300 kalori adalah secawan kopi + sebiji pisang + sebiji muffin adalah = konon-konon light breakfast) lebih mudah nak menambah berat badan berbading mereka yang ambil 500 kalori atau lebih untuk sarapan. Sebabnya, big breakfast membuatkan kenaikkan kecil pada insulin dan gula dalam darah. Ini membuatkan anda kurang rasa craving.

4. Kurang makan sayur-sayuran berdaun. Sedangkan sayur-sayuran berdaun ni kaya dengan vitamin B yang bantu mengurangkan pertambahan berat badan dan bagi tenaga. Salah satu sayur berdaun yang baik adalah bayam. Sebab tu sebelum bergasak, Popeye makan Spinach dulu. Hahaha, ok tak kelaka. Sayur berdaun juga tinggi Vitamin K yang mengurangkan rasa nak makan. 

5. Amalkan minum secawan black tea (less or without sugar) selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat. Ini mampu menurunkan tahap gula dalam darah sebanyak 10% untuk sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan. Maka, anda akan merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama, lantas mengurangkan rasa nak kunyah kudap-kudapan.

6. Kurang minum air masak! Kekurangan air dalam badan boleh 'menipu' kita. Kebanyakkan yang terasa nak makan sebenarnya bukanlah kerana mereka lapar tapi kerana kurang air dalam badan. Bila terasa nak makan lagi walaupun baru saja habis makan, cuba minum segelas air masak. Rasa lapar akan berkurangan. Sebab tu, kalau anda sedang berdiet, pastikan minum banyak air. Sebelum makan apa-apa, minum segelas air dulu. Mereka yang minum 2 gelas air sebelum makan selalunya akan makan 90 kalori kurang dari biasa. Cuba buat ini sebagai rutin, dan anda boleh lihat perbezaannya.

7. Anda sedang bosan. Ok yang ni nampak macam tak ada kaitan dengan penyebab lapar, tapi hakikatnya inilah antara penyumbang kenapa badan kita semakin gemuk. Sebab takde apa nak buat kan, so makan lah! Cuba 'ganggu' diri sendiri dengan kesibukan supaya anda tak terasa nak makan all the time.

 

So, rasa-rasa boleh ikut tak tips ni?

Mana yang tengah ambil diet pill kalau ikut tips ni, tak payah tunggu tahun depan. Raya Krismas ni je dah dapat body Heidi Klum.

 

 

 

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak